Sunday 24 September 2017

10 TEMPAT MENARIK DI TURKI ISTANBUL


" Andai bumi ini adalah negara,pasti Istanbul akan menjadi ibu negaranya " -Napoleon Bonaparte

Istanbul merupakan sebuah bandar yang indah dan bijak dalam mengaplikasikan seni budaya dan sejarahnya dengan baik.

Melalui dua gabungan ciri-ciri ini,Istanbul muncul sebagai bandar yang mempesonakan dan menawarkan banyak keunikan kepada para pengunjung dari seluruh pelusuk dunia.

Ditubuhkan pada zaman Neolitik,Istanbul yang kita temui pada hari ini masih setia kepada sejarah dan warisan mereka melalui binaan masjid-masjid yang ada,basilika dan katedral,serta bazar purba.

Melancong Ke Turki :

Terletak di tengah-tengah antara Timur dan Barat Turki,bandar terbesar di Turki ini menawarkan daya tarikan dan godaan yang seakan-akan merayu pengungjung untuk datang ke sini.

Berikut adalah gambaran kepada lokasi-lakasi tarikan pelancong di Istanbul :

1. Menara Galata 


Jika anda melancong ke Turki,Menara Galata merupakan sebuah menara batu abad pertengahan yang setinggi 67 meter(219) kaki.Menguasai ruang udara Istanbul,menara ini menawarkan pemandagan-pemandangan indah lagi menarik bagi bandar tua ini dan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Satu ketika dulu,menara ini membawa nama Menara Kristus dan merupakan bekas bangunan tertinggi di Istanbul ketika ia dibina pada tahun 1348.

Meskipun sudah berabad lama,menara ini masih berdiri kukuh hingga ke hari ini.Ia telah mengalami pelbagai perubahan demi perubahan mengikut zaman,di mana pada permulaannya ia dijadikan sebagai bangunan pengawas kota.

Namun pada tahun 1717,ia dijadikan menara pemerhati untuk mengesan kebakaran.Pada hari ini,puncak menara ini kini dilengkapi dengan sebuah kafe,restoran dan kelab malam,yang mana kedua-duanya boleh dicapai dengan menaiki lif di dalam bangunan sembilan tingkat ini.

2. Muzium Arkeologi Istanbul


Muzium Arkeologi Istanbul merupakan salah satu daripada muzium terpenting di bagi anda yang ini melancong ke Turki.

Ia sebenarnya adalah sebuah kompleks yang terdiri daripada tiga buah muzium seretak iaitu Muzium Arkeologi,Muzium Timur Purba dan Muzium Kiosk Berjubin.

Ketiga-tiga muzium ini apabila digabungkan menempatkan lebih daripada 1 juta objek daripada pelbagai tamadun dan peradaban di seluruh dunia.

Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1891 dan merupakan muzium Turki yang pertama sekali dibina.Ianya terletak berdekatan Taman Gyulhane,di bahagian lapangan Istana Topkapi.

Tapak Kiosk Berjubin tersebut pula dicatatkan sudah wujud sejak tahun 1472 lagi,seperti yang tercatat pada gerbang masuk utamanya.

Salah satu artifak berharga daripada beribu-ribu artifak yang ada di sini adalah keranda Alexender the Great.

3.Basicila Cistern

Basicila Cistern merujuk kepada tangki air yang mana telah menjadi sumber bekalan air kepada penduduk Istanbul sejak abad keenam lagi,apabila ia diarahkan pembinaan oleh Maharaja Rom Justinian 1.

Pengunjung yang datang ke sini kebiasaanya akan merasa kagum dengan teknologi yang digunakan oleh Rom purba untuk membina keajaiban seni bina yang melangkau zaman seperti tangki air ini.

Tangki air ini terletak beberapa lankah dari Masjid Biru,telah dibina di tapak gereja yang telah dibina pada abad ketiga.

Dikenali sebagai istana tenggelam,tangki ini boleh menampung sehingga 2.8 juta kki padu air.Tangki ini merupakan salah satu lokasi yang digunakan dalam filem James Bond, 'From Russia with love' yang difilemkan pada tahun 1963.

4.Istana Dolmabahce

Mewah,mahal dan cantik hanyalah sebahagian daripada kata sifat yang boleh menggambarkan Istana Dolmabahce ini,yang mana telah dibandingkn dengan Istana Versailes di Paris,Perancis.

Istana ini telah dibina pada abad ke-19 menggunakan 14 tan daun emas,dan istana Turki yang palin bergaya ini menggabungkan seni bina tradisional Uthmaniyah dan gaya eropah seperti Neoklasik,Baroque dan Rococo.

Menjadi rumah kepada enam sultan sejak 1856-1924 istana ini juga turut menjadi rumah kepada kandil kristal terbesar di dunia,sebuah hadiah dari Ratu Victoria.Tetapan istana Dolmabahnce ini adala sangat menakjubkan ;ianya dibina sepanjang pantai Bosphorus.

5.Masjid Suleymaniye

Kebanyakan pengungjung yang datang ke Masjid yang datang ke MAsjid Suleymaniye berkata bahawa keindahan dan kedamaian yang mereka lihat di sini memberikan mereka inspirasi kerohanian.Ini adalah salah satu keunikan utama bagi seseorang yng melancong ke Turki.

Terletak di Third Hill,Istanbul,masjid ini telah diarahkan pembinaannya dalam tahun 1550 oleh Sultan Suleyman the Magnificient(sultan suleyman yang hebat)

Masjid ini sesungguhnya indah,menggabungkan seni bina Islam dan Byzantine.Beberapa tahun kemudiannya,masjid ini mengalami kerosakan yang teruk,termasuklah semasa Perang Dunia Pertama di mana kebakaran berlaku dan taman-taman pula digunakan sebagai depot senjata.

Ia kemudiannya dibaikpulih pada pertengahan abad ke-20.MAsjid ini ditandakan dengan empat menara,menunjukkan ia dibina oleh seoarang sultan.Ketika ia dibina,kubahnya merupakan yang tertinggi sekai dalam Empayar uthmaniyah.
















No comments:

Post a Comment

JUS MUNIRA MINUMAN BUAH BUAHAN

Jus Munira iaitu jus buah buahan keluaran terbaru syarikat bumiputera yang kini menjadi rebutan rakyat Malaysia. Jus ini didatangi dengan...