Thursday 21 September 2017

5 TEMPAT YANG WAJIB DILAWATI KETIKA MELAWATI AMSTERDAM,BELANDA




5 Tempat Pelancongan Wajib Lawat Di Amsterdam | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Siapa dalam kalangan korang semua yang suka melancong, tak kiralah di dalam atau luar negara? Wah, ramainya angkat tangan. Bagus-bagus. Melanconglah untuk menikmati sesuatu yang berbeza.
Ada ke dalam dunia ni manusia yang tak suka jika berpeluang untuk melancong dan melawat tempat-tempat menarik? Mungkin ada. Namun begitu, tidak keterlaluan jika saya katakan yang hampir semua manusia suka melancong dan berjalan-jalan, sebab inilah masanya untuk menimba pengalaman baru dan melihat isi dunia dengan perspektif yang berbeza.
Amsterdam adalah sebuah tempat pelancongan yang boleh dimasukkan dalam senarai tempat yang korang boleh lawati. Pastinya korang tidak akan menyesal melawat Amsterdam yang penuh dengan keunikan dan keajaibannya yang tersendiri.
Amsterdam adalah sebuah bandar cantik yang sangat popular di Holland, yang terkenal dengan pelbagai perkara yang tidak didapati di tempat lain. Ada yang mengatakan Amsterdam paling menarik dilawati dengan mengayuh basikal mengelilinginya.
Boleh dikatakan juga, bandar Amsterdam sememangnya dibina untuk aktiviti pelancongan kerana Amsterdam sentiasa dilawati oleh para pelancong dari segenap pelosok dunia terutamanya semasa musim sejuk, kerana banyak festival yang diadakan.
Di bawah ini adalah 5 tempat pelancongan wajib lawat di Amsterdam. Jangan lupa untuk menjejakkan kaki di sana jika korang melawat Amsterdam jika tidak mahu pelancongan korang di sana menjadi sia-sia.
Kedai Bunga Terapung Di Amsterdam
kedai bunga
Kedai bunga terapung di Amsterdam adalah tempat di mana korang boleh melihat dan mendapatkan pelbagai jenis bunga dengan pelbagai warna dan haruman. Keperluan untuk taman bunga juga ada disediakan seperti benih, pasu dan lain lain. Kedai bunga terapung di Amsterdam inilah yang menyebabkan Holland begitu terkenal dengan bunga-bungaan.
Rumah Anne Frank Di Amsterdam
rumah anne frank
Rumah Anne Frank di Amsterdam ini menjadi tempat di mana keluarga Frank menyembunyikan diri daripada Nazi dalam Perang Dunia Kedua dan Ann menulis diarinya yang popular. Rumah itu mempunyai 2 bilik di mana dua keluarga Frank menyembunyikan diri selama hampir 2 tahun. Rumah Anne Frank kita menjadi tarikan pelancong utama bukan sahaja untuk Holland, tetapi untuk Eropah.
Canal Cruises Di Amsterdam
pelayaran terusan di amsterdam
Tarikan pelancongan utama di Amsterdam juga adalah canal cruises di mana kita boleh berlayar melalui terusan di dalam bandar tersebut. Ramai pelancong datang semata-mata untuk menikmati pengalaman melawati bandar Amsterdam dengan menaiki canal cruises ini. Amsterdam yang sememangnya terkenal dengan terusan dalam bandarnya, menjadi semakin gah dengan adanya pelayaran melalui terusan tersebut.
Zoo ARTIS Amsterdam
zoo artis amsterdam
Zoo ARTIS adalah salah sebuah zoo yang terbesar di Eropah dan merupakan zoo terbesar di Amsterdam. Ramai keluarga dan kanak-kanak melawat Zoo ARTIS setiap hari kerana pelbagai kemudahan yang terdapat di dalamnya seperti kafe, taman, tempat permainan, restoran, planetarium bersama-sama dengan pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan juga.
Rijksmuseum Di Amsterdam
rijksmuseum
Muzium yang paling popular dan besar di Amsterdam di mana jutaan manusia pada pelbagai peringkat umur lawati setiap tahun di Amsterdam adalah Rijksmuseum. Rijksmuseum mempunyai karya seni Dutch purba dan popular dengan kehebatan mereka. Selain itu, rumah perbendaharaan, rumah anak patung dan Delftware tradisional juga boleh dilihat di situ.
Suatu masa nanti, saya juga bercita-cita untuk melawat setiap pelosok dunia dan berkongsi pengalaman di sana dengan semua pembaca blog. Alangkah indahnya dapat melihat kehidupan manusia yang berbeza-beza dan mengagumi setiap lekuk alam ciptaan Allah SWT ini. Wassalaam.

No comments:

Post a Comment

JUS MUNIRA MINUMAN BUAH BUAHAN

Jus Munira iaitu jus buah buahan keluaran terbaru syarikat bumiputera yang kini menjadi rebutan rakyat Malaysia. Jus ini didatangi dengan...