Friday 22 September 2017

TIPS MELANCONG KE KRABI,THAILAND
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada kali ini saya ingin berkongsi tips melancong ke Krabi Thailand pada 2017. Percutian kali ini merupakan kali kedua saya berkunjung ke bumi Krabi Thailand yang penuh budaya dan keunikan ini.

Sebenarnya pergi ke Krabi tidak menelan belanja yang besar walaupun matawang Baht mempunyai nilai lebih besar daripada matawang Ringgit iaitu kira-kira THB1000 bersamaan MYR12.90. THB100 mereka adalah ibarat MYR10.00 duit kita, maka kita boleh melihat matawang Baht lebih tinggi mengatasi sebanyak kira-kira MYR2.90 daripada matawang Ringgit kita.

Pada kunjungan kali pertama saya di penghujung tahun 2015, percutian tersebut lebih bersifat 'pay for comfort and relaxing', which meanspercutian saya ketika itu agak menelan kos beribu-ribu Ringgit hanya untuk merehatkan badan dan minda. Tetapi percutian kali ini hanya menelan kos lebih kurang RM1,000.00 sahaja. Bagaimana saya melakukannya? Teruskan membaca untuk tips-tips menarik dan jimat.

1. Melancong Berkumpulan

Seeloknya anda melancong dalam kumpulan angka genap seperti dua orang atau empat orang per kumpulan. Ini boleh mengurangkan 50% kos penginapan sepanjang melancong kerana kos penuh akan dikongsikan kepada dua per bilik. Pemilihan jumlah genap per kumpulan kerana biasanya hotel hanya akan membenarkan maksimum dua tetamu per bilik melainkan anda sudi membayar kos tambahan untuk tetamu tambahan tetapi bilik akan jadi kurang selesa. Jika anda menyewa bilik jenis apartment atau condominium, kumpulan angka genap tidak diperlukan kerana tidak ada limitation of guests per rental.

Tetapi kunjungan kami baru-baru ini pergi seramai tiga orang. Saya dan seorang kawan berkongsi bilik yang sama dan seorang lagi menginap di bilik yang berbeza di hotel yang sama. Harga bilik lebih kurang RM170.00 semalam. Kalau mampu apa salahnya menginap sendirian untuk sebuah bilik seperti kunjungan kali pertama saya ke Krabi dahulu di mana saya hanya pergi bersendirian untuk bercuti selama 5 hari 4 malam.
Highlight:

Pergi secara berkumpulan dalam angka genap seperti 2, 4 dan 6 orang supaya setiap bilik boleh dikongsi dua orang. Penjimatan boleh berlaku di sini! Jika anda bijak membuat tempahan bilik untuk dua orang tetapi menyelinap masuk sehingga tiga orang sebilik tidak ada masalah tetapi tepuk dada tanya selera, anda kisah atau tidak tentang keselesaan sepanjang bercuti?

2. Tempah Bilik Online

Kita sekarang hidup di zaman teknologi, guna dan manfaatkan teknologi yang ada. Semudah di hujung jari, anda boleh membuat tempahan online sekejap sahaja. Anda boleh membuat tempahan melalui Agoda.com, Booking.com, Trivago.com, Hotels.com dan banyak lagi. Tetapi saya selalu menggunakan perkhidmatan Agoda kerana selalu mendapat harga keseluruhan yang lebih murah berbanding yang lain.

Highlight:

Buat semakan serta perbandingan harga sebelum membuat tempahan. Ada yang menawarkan tempahan tanpa pembayaran terlebih dahulu, ada tempahan yang memerlukan bayaran penuh terlebih dahulu dan semak free cancellation ditawarkan bagaimana kerana kita tidak tahu kelancaran program kita menjelang tarikh percutian semakin hampir. Semua tertakhluk kepada term and conditions yang ditawarkan oleh syarikat tempahan dan hotel.
3. Tempahan Tiket Penerbangan

Sepanjang saya melancong, hanya Air Asia yang paling banyak menawarkan tiket murah. Tetapi bergantung kepada keadaan semasa kerana kadang-kadang syarikat penerbangan lain ada menawarkan promosi tiket murah juga.

Bagi Air Asia, pembelian tiket seperti konsep ala carte kerana harga tiket tidak termasuk dengan kos baggage, makanan, insurans dan lain-lain seperti yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines dan Malindo yang merangkumi semua harga pada satu tiket kecuali insurans.

Tetapi, untuk melancong ke Krabi walaupun sekitar empat hingga ke enam hari mengikut pengalamanan saya sendiri, tidak perlulah untuk membuat pembelian extra baggage kecuali insurans dan makanan melainkan anda rasa ia perlu. Saya selalunya tidak akan membeli extra baggage tetapi akan mengambil insurans dan juga makanan iaitu Nasi Lemak Pak Naser kerana insurans sangat penting apabila kita berada di luar negara dan Nasi Lemak Pak Naser yang sangat sedap pula hanya boleh didapati dalam penerbangan Air Asia.

Highlight:

Beli tiket penerbangan semasa promosi tambang murah diadakan. Mohon sentiasa rajin membuat semakan harga tiket tapi jangan lupaclear cache setiap kali keluar website sebab nanti sistem boleh tengok kekerapan kunjungan kita ke website pembelian tiket dan harga susah nak dapat murah. Jimat banyak kat sini.
4. Lokasi

Untuk memudahkan anda bergerak, sila pilih tempat penginapan yang betul-betul berada di kawasan yang anda inginkan. Lokasi juga memainkan peranan penting untuk memberikan lebih penjimatan kerana jika anda salah pilih lokasi penginapan, anda akan terpaksa membayar lebih untuk kos perjalanan sehala ke destinasi tujuan. Takkan anda nak bayar kos tuk-tuk atau teksi yang mahal semata-mata nak pergi keluar makan?

Jadi, jika berkunjung ke Krabi dan ingin ke kawasan tumpuan seperti pantai Ao Nang, pastikan anda menginap di lingkungan kawasan tersebut. Melainkan anda tidak kisah dan lebih memilih untuk menginap di kawasan yang lebih privasi seperti di kawasan pantai Nopparat Tara ataupun di kawasan private beaches di Klong Muang.

Highlight:

Pilih lokasi yang jarak ke mana-mana hanya memerlukan anda berjalan kaki sahaja melainkan hendak melakukan aktiviti island hoping atau melawat Emerald Pool. Jimat banyak kat sini.

5. Makan dan Minum
Jika anda melancong, amalkan tips money pool iaitu kutipan wang daripada semua ahli kumpulan supaya anda boleh menguruskan bajet makanan lebih baik. Melalui cara ini, kita boleh membuat pesanan makanan yang boleh dikongsikan semua. Tidak perlulah setiap orang membuat pesanan tomyam jika semua hendak makan tomyam kerana ia boleh dikongsikan. Tetapi pastikan pesanan minuman adalah pada lingkungan harga yang sama kerana harga makanan boleh dikongsi tetapi air tidak ya. Jika ada yang memesan air kelapa, seorang pula memesan sekadar air suam, sila asingkan bayaran air dan jangan gunakan money pool untuk membuat bayaran.

Untuk makluman, makanan dan minuman di Krabi agak mahal daripada di Malaysia. Oleh itu, terdapat pilihan alternatif lain seperti makan jika perlu dan selebihnya hanya membeli makanan untuk mengalas perut di 7 Eleven ataupun Family Mart yang menjual makanan dan minuman segera pada harga yang sangat murah! Tapi hati-hati dengan produk tidak halal bagi yang muslim.

Highlight:

Untuk lebih jimat, bawa makanan daripada Malaysia. Memang akan sangat jimat.
6. Memilih Pakej Island Hoping, Emerald Pool dan Seumpamanya

Jangan tempah di lapangan terbang dan hotel. Sebaiknya pilih di kiosk-kiosk kecil sepanjang jalan di Ao Nang. Semasa membuat pertanyaan, tunjukkan anda berminat untuk ke beberapa buah tempat jika benar anda hendak pergi ke beberapa buah tempat dan semak harga. Jika harga yang diberikan pada firasat anda agak tidak berbaloi, pura-pura seperti tidak berminat dan jika anda rajin, pergi ke kiosk-kiosk lain untuk mendapatkan harga terbaik. Dengan trik tersebut, berkemungkinan harga pakej akan diturunkan lagi. Tetapi janganlah terlalu tawar-menawar kerana mereka mencari sedang makan. Kita pergi berjalan bermaksud kita ada rezeki lebih dan rezeki yang kita bawa itu sememangnya untuk mereka.

Baru-baru ini saya pergi ke 4 Islands pada kos THB800 termasuk kos national park. Harga yang ditawarkan sebenarnya lebih daripada THB1000 tetapi ianya telah dikurangkan sehingga THB800 manakala dua orang kawan saya lagi pergi ke Emerald Pool dan setiap seorang membuat bayaran THB750.00 termasuk harga tiket masuk.

7. Pengangkutan Pergi dan Balik Lapangan Terbang - Ao Nang

Tidak perlu membuat tempahan online kerana sejurus anda mendarat di lapangan terbang Krabi, anda hanya perlu pergi ke kaunter bas selepas keluar daripada arrival gate. Ada dua buah kaunter jualan tiket bas. Saya cadangkan anda memilih kaunter yang berada di sebelah kanan kerana mereka menggunakan van yang selesa berbanding dengan kaunter sebelah kiri menggunakan bas yang lama dan lambat untuk sampai ke destinasi.

Tiket bas hanya THB150 sahaja dan jika anda ingin membuat tempahan tiket pergi ke lapangan terbang pula, anda boleh buat tempahan di kiosk-kiosk yang menawarkan pakej island hoping.

Highlight:

Jangan naik teksi melainkan pada waktu subuh ataupun lewat malam. Caj bagi teksi adalah sekitar THB600.
8. Bawa Pakaian Dalam Kuantiti Sedikit

Seperti yang saya maklumkan pada point nombor 3, tidak perlu beli extra baggage sebab anda boleh recycle baju seperti yang saya lakukan. Saya bawa pakaian dalam kuantiti sedikit sahaja dan sabun cuci saya beli di 7Eleven pada kos cuma THB10 sahaja. Tapi pastikan tempat penginapan anda boleh menyidai baju seperti di tempat penginapan saya di The Verandah hotel.

Dalam limitation of cabin baggage, saya siap boleh membawa laptop dan sedikit makanan untuk emergency cases. Saya bawa laptop sebab saya terpaksa bawa kerja semasa percutian tersebut.

Highlight:

Tapi jangan pula bawa pakaian aktiviti lasak cuma satu sahaja sebab kemungkinan berlakunya seluar koyak. Baju koyak mungkin boleh pakai baju lain, seluar koyak, takkan nak pakai seluar jeans pergi ke pulau? Nak jimat biar tertempat.

9. Insurans

Insurans sangat penting. Jangan abaikan insurans kerana semua perkara boleh berlaku seperti kemalangan, kehilangan dokumen penting dan harta benda serta lain-lain lagi.

Highlight:

Rajinkan diri semak term and conditions yang ditawarkan oleh Air Asia bagi pakej insurans. Berlaku penjimatan jika berlaku insiden tak diingini, insurans dan cover.

10. Aktifkan Transaksi Antarabangsa

Ini paling penting sebab kita tak tahu jika kita perlukan duit tambahan atau duit kecemasan semasa melancong, dengan mengaktifkan kad debit anda mampu menyelesaikan masalah anda jika berlaku sebarang perkara luar jangka. Jika anda memiliki kad kredit, mungkin tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Untuk mengaktifkan transaksi antarabangsa, anda hanya perlu membuat panggilan ke bank yang anda ingin kad anda gunakan semasa berada di luar negara dan nyatakan tempoh keberadaan anda di luar negara.

Highlight:

Lebih baik bawa kad debit sahaja sebab anda boleh mengawal perbelanjaan. Setiap transaksi luar negara akan dikenakan caj sebanyak RM10.00 tambahan tetapi jika ada sesama bank seperti CIMB dan HSBC, tidak ada caj akan dikenakan dan pertukaran berdasarkan nilai tukaran wang semasa tetapi nilai tidak sama seperti di kaunter pertukarangan matawang yang sedikit mahal. Penjimatan boleh berlaku di sini.
11. Peralatan Kemudahan dan Fotografi

Jangan lupa bawa waterproof bag, waterproof casing phone, selfie stick, gopro camera, drone camera dan apa-apa yang memudahkan anda dan dapat memberikan memori terindah buat anda.

Highlight:

Beli beg, waterproof casing dan selfie stick dari Malaysia sebab kat Krabi mahal. Nak jimat kan?
12. International Adaptor

Jangan tertinggal ini melainkan anda nak beli adaptor kat Thailand yang dijual agak mahal. Tapi mungkin anda boleh dapat pada harga yang murah seperti di 7Eleven dan FamilyMart, the only place that won't markup price on you.

Highlight:

Kalau tertinggal juga, anda mungkin boleh mencuba alternatif menyambungkan kabel pada televisyen LCD tapi charging agak lambat dan kadang-kadang ada yang tidak boleh digunakan. Agak-agak nak jimat, janganlah adaptor tak dibawa.

Tips-Tips dan Info Lain

1. Beli barang kosmetik murah di 7Eleven dan Family Mart seperti Cathy Doll danVaseline.

2. Makanan halal di Ao Nang yang popular adalah di Bangboo Seafood restaurant tapi harga boleh tahan mahal tapi tidak keterlaluan. Selain Bangboo, dikatakan oleh penduduk tempatan agak popular adalah restoran Number 1 yang juga berdekatan dengan Bangboo. Terdapat juga restoran halal berdekatan dengan Bangboo kerana lokasi tersebut berdekatan dengan masjid. Lokasi makanan halal tersebut walaupun di sekitar Ao Nang tetapi ianya agak jauh jika berjalan kaki dari pantai Ao Nang.

3. Jika anda tidak berniat untuk ke Krabi pada masa hadapan, jangan terlepas untuk melakukan outdoor activities ini:

Island hoping / tour: Terdapat beberapa pakej popular yang ditawarkan seperti pergi ke Phi Phi Islands, 4 Islands, Hong Islands, James Bond Island dan ada pulau lain lagi. So far, saya sudah pernah pergi tour ke Phi Phi dan 4 Islands.

- 7 Heavens - Taman yang menawarkan tempat-tempat selfie terbaik semestinya di sini! Saya pernah pergi ke sini dan tempatnya memang sangat heaven! Boleh tengok permandangan laut dari atas bukit, boleh bergambar di miniature dan set kartun atau movie terkenal dan lain-lain.

- Emerald Pool - Bagi yang suka jungle trekking, tengok tasik warna emerald, blue pool dan sebagainya boleh berkunjung ke sini. Pastikan memakai pakaian yang sesuai kerana memerlukan anda menjadi lasak sepanjang berada di sini. 

- Lain-lain seperti Muaythai show, night market, cobra show, elephant rides dan songkran festival serta banyak lagi, rajin-rajin cari maklumat.

- Untuk menikmati the best sunset adalah di Hilltop restaurant, Ao Nang yang berada di atas bukit ataupun di kawasan private beachsepanjang pantai Klong Muang. Tapi agak pricey dan makanan non-halal. Kalau anda jenis yang gamble, boleh makan makanan berasaskanseafood dan minuman ringan seperti coke dan jus buah-buahan. Kedua buah tempat ini saya sudah pernah pergi dan tempatnya sangat terbaik!

- Oh ya, info perbelanjaan saya:
  • Tiket: RM125.00 return ticket (Air Asia)
  • Hotel: RM255.00 untuk 4 hari 3 malam
  • Duit Poket: THB5140.00 lebih kurang RM650.00 digunakan untuk makan minum, transporation, pergi ke pulau dan berurut serta lain-lain (ada baki THB900)
 Untuk melihat gambar, scroll down please.


Antara belian di 7Eleven. Beberapa kali saya pergi ke Thailand seperti Phuket dan Krabi, saya tidak akan melepaskan peluang untuk membeli-belah di 7Eleven atau FamilyMart sebab barang-barang sangat best! Hahahah. A bit jakun there. Okay, banana milk part tu memang terbaik sebab it made me feel like in Korea sebab kat Korea dulu beli banana milk ni bagai minum air mineral hahahah! And palingbest, harga murah-murah. No lie.


 Kami beli kat night market. Ayam panggang THB50 dan udang panggang THB100. Rasa memang sedap sangat. Dua cucuk ni kami makan kongsi bertiga. Nampak tak penjimatan di sana? Asal merasa lagipun portion boleh tahan besar.


Inilah dia Bangboo restaurant. Makanan semua sedap belaka dan terkenal di kalangan pelancong dari Malaysia. Pekerja boleh berbahasa Melayu. Ini kali kedua saya makan di restoran ini dan rasanya tetap sama dan sedap. Dalam gambar adalah kawan saya yang sudi digambar.


Ini yang dikatakan oleh Puan Fareedah, pemilik kiosk tour package. Katanya makanan kat sini popular. Tapi tak cuba lagi.


Makanan yang dipesan di restoran Bangboo. Nampak mewah tapi kami kongsi bayar so dapatlah harga murah.


Kalau pergi ke Krabi tanpa makan pancake seolah-olah anda belum sampai ke Krabi. Harga sekitar THB30 - THB60.


Selipar Havaianas bernilai THB200 sahaja. Menyesal tak beli di Phuket bulan Januari lepas sebab saya dapat harga THB150 sahaja. Kecuali yang ada bunga tu, itu adalah selipar Havaianas original okay. Nak tahu harga boleh pergi ke butiknya di KLCC atau Pavilion.




Ini gambar semasa island hoping.


Inilah long boat that transporting us from the mainland to the islands. Pilihan murah untuk island hoping tetapi kalau nak lebih cepat dan selesa, boleh gunakan perkhidmatan speedboat. For me, speedboat lagi seronok mengikut pengalaman saya semasa ke Phi Phi Islands dulu.


The Verandah Hotel. Motorsikal di hadapan tu boleh sewa.



 Inilah rupa gerai tepi jalan di Krabi.





Sekian tips daripada saya, kalau ada sebarang pertanyaan, please leave your comment in comment section. Thank you and sorry for long post! 

No comments:

Post a Comment

JUS MUNIRA MINUMAN BUAH BUAHAN

Jus Munira iaitu jus buah buahan keluaran terbaru syarikat bumiputera yang kini menjadi rebutan rakyat Malaysia. Jus ini didatangi dengan...