17 NEGARA YANG TOP DIGELAR ' NEGARA BAHAGIA' YANG WAJIB DILAWATI
Terdapat 17 negara yang disenaraikan sebagai ‘Negara Top Bahagia’. Biarpun anda tidak dapat tinggal di 17 negara ini, cukuplah untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan seterusnya.
#17 – Portugal : Negara yang disenaraikan sebagai 5 destinasi impian dunia.

#16 – Oman : Penduduk di Oman dijamin keselamatan sebanyak 57%, kestabilan politik 46% dan ketenangan 62%. Memang tak peliklah kalau tinggal disini hidup bahagia.

#15 – Kenya : Negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi, kos sara hidup yang rendah dan peluang kerja yang semakin tinggi.

#14 – Peru : Pilihan kebanyakan para peniaga untuk menetap disini kerana kos sara hidup yang rendah dan cuaca yang baik.

#13 – Hungary : Salah satu negara berpendapatan tinggi dan kos sara hidup yang rendah! Cemburunya ~

#12 – Uganda : Terletak di utara benua Afrika, negara ini mempunyai kestabilan dan kemakmuran yang menarik perhatian para pelabur dalam ekonomi mereka.

#11 – Taiwan : Penduduk Taiwan bertuah mempunyai akses pendidikan dan kesihatan yang bagus dari kerajaan.

#10 – Sepanyol : Kos rumah, pengangkutan, makan dan minum lebih rendah berbanding negara Eropah yang lain. Bersama prospek kerja yang luas, gaji yang berpatutan menjadikan penduduk Sepanyol antara yang bahagia.

#9 – Panama : Negara yang mempunyai cuaca yang cerah sepanjang masa dan gaji disana amat berpatutan dengan peluang kerja yang luas.

#8 – Vietnam : Terdapat banyak pusat pelancongan yang mengilhamkan pelbagai pemandangan dari sebuah desa sehinggalah bandar. Terkenal kos hidup yang rendah kebanyakan dari warga Barat.

#7 – Thailand : Juga destinasi pilihan warga Barat kerana kos sara hidup yang rendah, mempunyai pelbagai tempat dan aktiviti menarik.

#6 – New Zealand : Dari kemudahan pendidikan, kesihatan dan ketenangan negara itu sendiri menjadikan rakyatnya tergolong dalam warga dunia yang paling bahagia.

#5 – Ecuador : Walaupun indeks kualiti hidup negara pada nombor 16, namun antara negara yang dapat memberi kebahagiaan pada penduduknya kerana kos sara hidup yang rendah.

#4 – Filipina : Penduduk di Filipina sangat mesra terhadap kanak-kanak dan juga antara negara kos sara hidup yang rendah.

#3 – Mexico : Nombor satu dalam memudahkan urusan pemastautin dan sikap ramah rakyatnya mewarnai kehidupan.

#2 – Malta : Antara pilihan destinasi warga Eropah kerana kecantikan negara itu sendiri. Pertuturan bahasa inggeris yang bagus dan kos sara hidup yang rendah juga antara sebabnya. Kajian menunjukkan negara ini mempunyai 70% hidup berpasangan berbanding purata global hanya 63% menjadikan negara ini bahagia.

#1 – Costa Rica : Top 5 sebagai pilihan destinasi impian pelancongan dunia. Kajian menunjukkan hampir kesemua lapisan masyarakat gembira. Terdiri daripada 19% usahawan atau peniaga, 20% pekerja sambilan manakala pesara hampir 14%

SUMBER: iffah azizah
No comments:
Post a Comment