Tuesday 19 September 2017

9 NEGARA TERBAIK UNTUK PENGEMBARAAN SOLO TERBAIK UNTUK KALI PERTAMA


Queenstown, New Zealand































Pengembaraan solo, saya kira, agak kontroversi bagi sesetengah orang. Banyak faktor yang membuatkan seseorang takut untuk mengembara solo. Yang paling utama adalah tentang keselamatan. Namun risiko ada di mana-mana. Pengalaman menyelesaikan masalah berseorangan di tempat orang, menegur orang asing untuk memulakan perbualan dan sentiasa mengawasi keselamatan sendiri, adalah antara skil yang tidak akan kita dapat jika mengembara beramai-ramai.

Disini saya senaraikan beberapa negara yang terbaik dan selamat untuk kamu merancang pengembaraan seterusnya, jika berani, secara sendirian.  

1. Vietnam – Negara ini sebenarnya mempunyai banyak tarikan yang belum lagi terlalu dikomersilkan. Seperti negara Asia Tenggara yang lain, penduduknya begitu ramah walaupun kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa Inggeris. Inilah masanya untuk mempraktikkan penggunaan bahasa gerak badan. Menerokai Vietnam dengan menggunakan keretapi yang merentasi negara itu dari utara ke selatan adalah salah satu pengembara yang pastinya berbaloi. Bukan sahaja murah, banyak tarikan disana juga masih segar dan tidak begitu dibanjiri pelancong, selain Hanoi dan Ho Chi Minh.

2. New Zealand – New Zealand semestinya lebih mesra-pengembara berbanding Australia yang lebih mahal dan kurang pengangkutan awam. Di New Zealand, kerana pelancongan merupakan antara industri paling penting untuk ekonomi mereka, ia menyediakan pelbagai kemudahan seperti rangkaian hostel BBH, jaringan pengangkutan beserta pas pelancongan dan pelbagai promosi untuk aktiviti lasak. Saya pernah membeli tiket bas dengan harga NZD1 dan bermalam di hostel dengan harga NZD5 sahaja. South Island atau North Island, tarikan yang ada adalah terlalu banyak untuk dipilih. Ia antara yang paling cantik yang pernah saya lawati. 

4. Korea – Dengan gelombang budaya K-pop yang sangat hebat melanda Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Korea dibanjiri pelancong dari serata dunia termasuk dari Malaysia. Jadi, tak ada salahnya untuk mengikut trend. Kerana penduduk setempat sudah mengenali pelancong Malaysia dan keperluannya, lebih mudah untuk kamu mengembara. Makanan halal semakin mudah didapati terutamanya di Itaewon. Jika mahu, boleh melawat daerah Gangnam juga, kawasan high-class di Seoul yang menjadi inspirasi lagu Gangnam Style,  video muzik paling popular dalam dunia.

5. Jepun –Kemodenan Jepun sentiasa menjadi contoh dan rujukan bagi negara Asia yang lain. Tapi mungkin kerana kos yang agak mahal, masih ramai yang teragak-agak untuk mengembara di Jepun. Tapi, jika kamu mampu ke Australia atau Korea, kamu pasti juga mampu untuk ke Jepun. Melihat sakura berkembang pada bulan April di Kyoto dan makan mi soba dari vending machine di Tokyo adalah sesuatu yang pastinya memberikan pengalaman yang baru.

6. Malaysia – Apa salahnya mengembara di dalam negara. Jika sudah terlalu terbiasa dengan Semenanjung Malaysia, apa kata cuba meneroka kampung-kampung, hutan dan pantai di Borneo pula. Disitu ada pulau yang paling kaya dengan hidupan laut warna-warni iaitu Pulau Sipadan. Apa kata melihat dengan kepala sendiri monyet hidung merah dan mendaki Gunung Kinabalu? Mengembara berseorangan pastinya akan mengajar sesuatu tentang diri sendiri dan membuatkan kita lebih mencintai negara sendiri.

7. Indonesia – Saya kira Indonesia adalah negara yang paling baik untuk mengembara berseorangan. Bukan sahaja kerana jaraknya yang dekat dan tambang kapal terbang yang murah, Indonesia juga adalah antara sebilangan kecil negara dalam dunia yang mempunyai bahasa rasmi yang sama dengan Malaysia. Jadi masalah bahasa hampir tiada. Yang menariknya, Indonesia mempunyai pelbagai tarikan dari Bali sehinggalah ke Jogjakarta. Kopi paling mahal di dunia juga didapati dari Indonesia

8. Thailand – Hanya dengan keretapi atau bas, kita sudah boleh sampai ke Thailand. Dari Phuket, Krabi, Bangkok mahupun Chiang Mai yang jauh di utara, semuanya boleh diterokai dengan keretapi sahaja. Thailand adalah negara yang agak mudah untuk diteroka kerana sistem pengangkutan dan kemudahan yang baik. Ia juga merupakan negara kegemaran pelancong Eropah yang datang ke Asia. Jadi, apa salahnya, ambil kesempatan sebagai negara jiran untuk meneroka negara yang popular dengan makanan yang sedap ini.

8. Hong Kong – Berbanding tanah besar China, penduduk disini sangat moden dan ramai yang pandai berbahasa Inggeris. Dengan pengangkutan awam yang baik dan hostel yang banyak, ia amat sesuai untuk percutian singkat berseorangan. Disini juga letaknya salah satu dari taman tema Disney. Jadi pastinya tidak akan bosan walaupun berseorangan.

9. Negara Eropah seperti UK, Republic Czech, Jerman, Itali, Perancis, Rom, Switzerland, Sepanyol – Kerana kebanjiran pelancong dan kerana status negara membangun, negara-negara ini mempunyai tahap keselamatan dan kemudahan yang amat selesa. Dan pastinya ia sangat menarik untuk dilawati terutamanya jika kamu berminat tentang sejarah dan seni bina yang unggul hasil dari kekayaan kuasa dominasi dunia sejak beratus tahun dulu. Kerana persaingan yang banyak antara satu sama lain, syarikat penerbangan, bas dan keretapi juga sering memberikan promosi hebat kepada pengembara. Jadi, masih ada peluang untuk mengurangkan kos.

Kawah Ijen, Indonesia































Satu yang saya percaya, dimana-mana dan bagaimanapun, mengembara sentiasa mempunyai risiko tersendiri. Jadi, isikan ilmu di dada dan dapatkan nasihat sebanyak mungkin sebelum meneruskan pengembaraan kamu seterusnya, tak kira berseorangan atau berkumpulan.

Untuk kamu sudah lama mengembara, setuju atau tidak dengan senarai ini? Kamu pernah mengembara berseorangan? Jom kongsi cerita kamu dengan pembaca yang lain di ruang komen.




Sehingga perkongsian seterusnya, selamat mengembara!
Sumber : Introvert Minimalist

No comments:

Post a Comment

JUS MUNIRA MINUMAN BUAH BUAHAN

Jus Munira iaitu jus buah buahan keluaran terbaru syarikat bumiputera yang kini menjadi rebutan rakyat Malaysia. Jus ini didatangi dengan...