Monday 18 September 2017

APA YANG MENARIK DENGAN MALDIVES??

Apa yang menarik jika bercuti di Maldives?Beberapa bulan lepas saya dan beberapa orang kawan saya telah melancong ke Maldives.Air laut di Maldives sangat jernih hingga boleh menampakkan hidupan laut serta batu batu yang cantik.
AirAsia pun beberapa bulan yang lalu ada buat pengumuman penerbangan terus ke Maldives.

DI MANA TERLETAKNYA NEGARA MALDIVES?

1.Maldives terletaknya di pulau di Lautan Hindi yang bersebelahan dengan India.Ada banyak penerbangan dari Malaysia ke Maldives seperti Malaysia Airlines Berhad,Tiger Air,Singapore Airlines(SIA),Sri Lanka Air dan juga AirAsia.AirAsia akan mengadakan penerbagan terus ke Maldives 3 kali seminggu mulai oktober 2015 yang akan mengambil masa 4 jam.


2.Male adlah ibu negara Maldives dan bandar Male ni takde lah besar mana.Pulau yang famous di Maldives ialah Pulau Kandooma Fushi.Kalau nak ke pulau ni kene naik bot dalam 30-40 minit dan di sepanjang perjalanan tu boleh nampak banyak pulau lain yang dijadikan resort.


3Ada lebih dari 1000 pulau di Maldives tetapi yang ada penghuninya dala 200 buah pulau aje.Penduduk Maldives pula ada lebih kurang 350000 orang sahaja.Agama rasmi di Maldives adalah agama Islam(saya tak tahu sebenarnya pulau kecil ni negara islam).


4.Mldives menggunakan mata wang mereka sendiri iaitu Ruffia.Kalau nak cari kadar tukaran mata wang asing di currency exchange cari 'Maldives Ruffia' .Kalau tengok rate hari ini RM 1.00 = MVR 3.6 .Bagaimanapun jika kita ke sini duit dollar atau USD memang diterima.Saya tak pasti kalau di pengurup wang susah atau senang nak dapat duit Ruffia ni.


APA YANG MENARIK JIKA KITA BERCUTI DI MALDIVES? 
Sebut sahaja Madives ramai orang membayangkan Maldives merupakan tempat percutian mewah.kira tempat eksklusiflah sebab lautnnya yang cantik luar biasa sampai ikan dan batu dalam air un boleh nampak kalau tak pakai spek.
Semasa lebih kurang seminggu saya berada di sana,sempat la saya beramah mesra dengan pekerja resort tempat saya menginap.Ada la beberapa perkara yang sempat dia berkongsi dengan saya tentang Maldives,antaranya ialah:
  1. Semua rakyat Maldives beragama Islam.Jadi makanan halal tu tak ada masalah antara tekak kita boleh terima atau tidak sahaja.Kalau lapar sumbat ajelah apa yang dihidangkan.
  2. Makanan agak mahal.Kalau di Male dan nak cari makanan yang murah cari yang bertulis cafe bukan restoran.Kalau restoran dianggap eksklusif macam style hoteldan anda kene bersiap sedia untuk membayar RM 70 - RM 90 untuk  pinggan nasin goreng.Cekik darah tak?
  3. Arus laut Maldives sangat kuat maybe sebab negara tepi laut ni tiada apa yang menghalang udara dari bertiup kencang.Aktiviti snorkling dan scuba diving adalah aktiviti paling popular kerana Maldives banyak pulu yang cantil-cantik.
  4. Maldives ni macam negara orang putih jugak sebab rata-rata mereka menggunakan kad kredit dalam urusan harian termasuk kedai runcit.Malaysia pun kalah dalam hal ni.
  5. Di pasar kalau nak beli ikan mereka letak atas lntai aje.Kalau nak beli paki kira ekor.Contohnya nak 3 ekor ikan bayar untuk 3 ekor dan kene bawak plastik sendiri.Pasar macam ni pun ada.Lagi satu kalau nak beli ikan saje harga lain dan kalau mintak di bersih atau di siang ada caj upah toloh siang ika.
  6. Maldives bukan tempat untuk kaki shopping sebab sini banyak pulau dan kalau baju yang dijual pun style yang orang kita tak pakai.Macam ala-ala yang pendatang asing  datang kat Malaysia ni pakai.Faham tak agaknya?
  7. Kalau kita bercuti ke Maldives dan nak mandi di public beach(pantai awam untuk orang Maldives sahaja) tak boleh pakai baju mandi style mat salleh.Nak pakai macam tu kena duduk dekat private island.Nak pakai apa pun tak apa kalau dah namanya private island.Strict kerajaan Maldives ni.
  8. Maldives rupanya banyak import produk dari Malaysia seperti mee segera maggi,cili sos,air dan buah dalam tin.Boleh je jumpa makanan macam nni kat edai runcit.
  9. Jika bercuti kat Maldives seronoknya kita tak perlu bawa adapter sebab mereka menggunkan plug 3 pin sama seperti negara kita.
  10. Penerbangan ke Maldives akan membawa kita ke lapangan Terbang Ibrahim Nasir yang terletak di Hulhule.Hulhule adalah pulau airport yang dijadikan perhentian untuk mengambil sume penumpang ke hotel atau resort yang di tempah.Pihak resort atau hotel akan menyediakan pengangkutan atau airport tarnsfer ke hotel mereka.Pengangkutan airport transfer ada tige jenis iaitu kapal terbang yang akan landing atas air,speedboat dan juga teksi,van atau bas.Ini bermakna anda kene semak jadual check in dengan masa anda sampai kerana jika pihak reort tidak menyediakan speedboat dalam masa 24 jam anda terpaksa menginap dulu di Male atau Hulhumale.
DAH TERINGIN NAK BERCUTI KE MALDIVES?
Hotel di Maldives ni ada yang murah juga sebab rata-rata bila sebut Maldives mesti fikir hotelnya mahal.Kalau saya check dekt kaman web dan oking beberapa bulan dari sekarang bole dapat standard room untunk sharing pada harga RM 180 - RM 200 untuk satu malam.Kalau dibahagi 2 baru seorang bayar RM 90 - RM100.
Kalau duduk di resort yang mahal dan bukan duduk di guest house tentulah harganya tinggi.Untuk orang yang sederhana yang lebih pentingkan bajet berjalan dari bajet duduk dalam hotel eksklusif,harga tu kira boleh tahan lagi


Beberapa gambar mengenai Maldives







p/s : Siapa yang pernah bercuti ke Maldives boleh komen sikit?

No comments:

Post a Comment

JUS MUNIRA MINUMAN BUAH BUAHAN

Jus Munira iaitu jus buah buahan keluaran terbaru syarikat bumiputera yang kini menjadi rebutan rakyat Malaysia. Jus ini didatangi dengan...